Ali AhKao Dan Muthu feat. Dato' David Arumugam & Aniq
歌手:黃明志 Namewee
專輯:亞洲通吃 All Eat Asia
2018-03-17|國語音樂
歌手推薦
歌詞

Ali AhKao Dan Muthu feat. Dato' David Arumugam & Aniq

Ali Ah Kao dan Muthu
Tiga budak yang nakal
Cikgu dan guru besar
Semua orang tak suka

Selalu ponteng sekolah
Pergi pantai makan rojak
Ibu bapa pun sakit kepala
Budak yang kurang ajar

Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah jadi orang tua
Sahabat karib macam saudara
Tetap tidak retak menyanyi kuat-kuat lah

Ali Ah Kao dan Muthu bersama!
Kawan selama-lamanya
Satu hati satu jiwa
Kita semua rakyat Malaysia
Tak kira darah dan warna
Hanya satu impian satu negara

Ali Ah Kao dan Muthu
SPM pun hancur semua
Pergi bandar bersama-sama
Nak cari makan pun susah

Berkali-kali dipecat
Selalu bertukar kerja
Makan roti putih campur gula
berkongsi apartment murah

Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah ada keluarga
Sahabat karib macam saudara
Pasti takkan retak menyanyi kuat-kuat lah